KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu
kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu
dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan
Hawa. Iblis amat licik. Ingat,pesanan Rasulullah :
Janganlah engkau bersendirian denga
seorang wanita kecuali yang ketiganya,syaitan (Tabrani) .Kita lemah
menghadapi tipu daya Iblis.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua
muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.
Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE?
Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan
berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga
berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan
zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju
kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana
jalan perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP.
*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu…banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu…banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat,
kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan
fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh
dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak
orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada
kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau
dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak
wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan
naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa
kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia
yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau
nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu
perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin.
Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta
murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,
tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta
antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih
patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu
tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan.
Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk
berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual
panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang
tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam
pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan
dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita
dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh
itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia
akan kecundang.
JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?
Kita manusia dari keturunan Adam dan
Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu
peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak
memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu
kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah
berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga
serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu
adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya
adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut
nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina.
Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar
daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN
BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA
ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan
kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta
merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan
ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian
pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit
dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. jadi, perwatakan dalam
masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan
atau hipokrit.
Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan,
itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga
ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam
pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan
sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki
dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan,
adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah
pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga
masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah
pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.
PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah
kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan
mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah
tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan
bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang
diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat
keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?
TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE?
Semua itu adalah perangkap iblis dan
syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru.
Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak
angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan
apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama.
Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan
oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang
mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan
maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu
terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang
bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang
yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau
tidak adalah ditentukan oleh Allah.
ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?
Antara kemulian manusia adalah maruah
dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya
kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan
pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah
berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak
ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan
musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin
dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai
untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu
suatu penghinaan dari Tuhan.
JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH
BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk
dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki
yang baik untuk wanita yang baik.
KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI!
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak
sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji
lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah
dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga
menjadi pepatah.
SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana
lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri
dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita
yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya
akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang
menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI?
(tidak mengikut syariat)
(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal
suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?
Ya, masih ada orang suci dalam debu.
Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan
bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan
orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya
dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala
keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)
BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah
dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah
petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan
perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah
ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus
diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama
isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah
semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang
rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat
jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk
menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci
kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah,
anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubatmu.
KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH, TIDAK KEMANA!
P/S : PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT,
BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI,
SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.
P/S : PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT,
BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI,
SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.
Sumber : http://cahayaislam.net/kartunislam/kartun-islam/soal-jawab-tentang-couple/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar